My playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, February 28, 2010

CERPEN:ANDAI HATI ADA CINTA 1

Perkenalan ku dengan dia sangat singkat.Tidak kujangka,seorang perempuan yang aku sayang lebih dari seorang kawan,kini telah meninggalkan ku.Dia sudah berkahwin!Apa kurangnya aku?

"Oi Nazmi!tengah buat apa?mengelamun ek?Kau ni kalau tak mengelamun sehari tak sah kan?haih"
"Kau dalam sehari tak tekejutkan aku macam tadi tak sah kan?"Kata Nazmi kepada Nadirah.
"Dah kau mengelamun,dari tadi aku panggil,kau tak dengar,nak buat macam mana lagi?"Ujar Nadirah membela diri.
"Ada-ada sajalah kau ni.Ada apa kau panggil aku tadi."
"Bukan aku panggil.Tu,girlfiend kau tu yang terjerit-jerit,tergedik-gedik panggil kau tadi.Termenyampah pulak aku.Kau pulak diam je,mana tak naik angin aku ni.Panas la ni"Cebik Nadirah sambil mengipas-ngipas dirinya.
"Oi,tolong sikit yek,zaman bile aku ade girlfriend ni?Lagi-lagi dengan minah gedik tu.Ko ingat aku dah buang tebiat apa?"
"Betul apa!"
"Dah-dah.Malas aku nak gaduh dengan kau ni,buat habis air liur saja.Nanti kau menang jugak"
"Hahaha.Tau pon kau.Dah la,jom pergi sambung kerja.Nanti boyfriend aku marah."Mereka sama-sama gelak sambil berjalan menghala ke meja masing-masing.

"Nad,Si Shepon cakap ada mamat baru masuk hari ni.Shepon cakap handsome la"Kata Zalina sambil mengerdip kan matanya.
"Oi minah,kau macam tak kenal si Shepon pon pondan tu,pak guard bawah tu pun dia kata handsome."
"Oi Nadirah!!Aku dengar dair sini ek!!"Laung Sharif dari hujung meja.Sharif mendapat gelaran Shepon kerana sifatnya yang lebih genes perempuan daripada lelaki.Tak tahu kenapa,memang sejak azali kot!
"Sorry Shepon!Tiada langsung nniat di hatiku ingin menyakitimu!Hahahaha!!"Nadirah dan Zalina gelak besar bersama.Gelak tawa mereka akhirnya lesap setibanya Tuan Janggut (Sebenarnya nama dia Khalid bin Janggut)
"Bersuka ria nampak Nadirah,Zalina,kerja dah siap?"
"Be....belum Tu...tuan...ja...jaaaaa....eh eh....Tuan Khalid."Tergagap-gagap Nadirah ingin menjawab.
"Dah tu?Kenapa tak buat kerja??!!!!"Tengking Tuan Khalid.
"Sebelum itu,ini Arif,pekerja baru di sini.haa!!Awak tahu kang Encik Majid sudah berhenti,ini Encik Arif,pengganti dia."
"Assalamualaikum Encik Arif"
"Waalaikumussalam"Jawabnya sambil tersenyum.Ini ke mamat yang Shepon cakap tu?Boleh la tu,handsome jugak laa.
"Tlong bagi kerjasam pada Encik Arif ni.Arif,ini Nadirah,the best interrior designer dekat sini.Baiklah,saya tinggalkan kamu berdua,saya ada meeting.Itu meja kamu Arif,apa-apa hal,sila rujuk Anisah,setiausaha kamu"
Sepeninggalan Tuan Khalid itu,dia menyambung kerja yang tergendala disebabkan Zalin sebentar tadi.Dari jauh kelihatan Zalina menganyitkan mata ke arahnya.

"Handsome budak baru tu kan Nadirah?"Soal Nazmi.
"Oi Jimi!Tak kan dengan lelaki pon kau minat jugak.Kau jangan jadi macam Shepon!"
"Oi!!Tak ada maknanya aku minat dekat lelaki,ni Nazmi lah!!Lelaki sejati.Aku saja ja tanya kau,mana tau nanti kau terminat dekat dia ke,melepas aku"
"Hah!!Merapu!!"
"Memang aku merapu pon,kau ni macam tak kenal aku,taste aku tinggi tau,bukan jenis macam kau ni"Aku betul-betul bermaksud sedemikian Nadirah,aku takut kau akan terpikat padanya dan pergi dari aku.
"Patutlah sampai sekarang kau tak ada girlfriend,dengan aku tak nak,dengan minah gedik Haliza tu pon kau tak nak.Dah tu kau nak mcam mana?"
"Adalah!"

Tiga bulan telah berlalu selepas kedatangan Arif,dia berubah,berubah sangat.Bukan kau tidak tahu bahawa mereka kini sudah jadi pasangan yang sedang hangat bercinta,apa saja lah aku ni di hati Nadirah.Dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan Arif dan membelakangkan aku.Langsung tidak menegurku.Siapalah aku?

"Jimi!Dah lama aku tak borak dengan kau kan?Apa cerita kau sekarang?Dah jumpa Beyonce kau tu?"
"Kau la!Harap satu office,tapi langsung tak nak tegur aku.Tak habis-habis dengan Arif kau tu!Kawan sendiri kau tinggal"
"Kau jelous ke Jimi?Biar betul??!!"
"Tak ada maknanya aku nak jelous,kau tu dah pinggirkan kawan tau?"
"La,tu ja ke?Mana ada aku pinggirkan kawan.Kalau aku pinggirkan kawan,aku tak akan ajak kau pergi ke kenduri kahwin aku ni"Katanya sambil menunjukkan kad kahwinnya.
"Serious ke kau nak kahwin dengan Arif tu?"
"Serious la!Kad kahwin pon dah tempah.Ni ha"Katanya sambil menunjukkan kad di tangannya.
"Tak terlalu awal ke kau rasa?"
"Awal apanya?Okey apa 3 bulan.Orang dulu-dulu,langsung tak kenal pon bakal suami dia,kekal je perkahwinan dia sampai sekarang"
"Tu orang dulu Nad.Budi orang lain-lain"
"Dah la,kau tak payah nak bagi motivasi percuma dekat aku.Kalau kau nak pergi kenduri aku,kau pergi,jangan nak banyak cakap pulak!"Nadirah tidak pernah sekasar begini dengan ku.

Andai hatimu anda cinta,tak akan kau tinggalkan aku begini.....BERSAMBUNG....